PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI, KELANTAN

 

MRSM Jeli terletak di sebuah kawasan yang strategik iaitu di tepi LebuhrayaTimur-Barat bertempat di Kampung Gemang di atas tanah seluas lebih kurang 42 ekar. Idea penubuhan maktab ini telah dicetuskan oleh Ybhg. Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan dan merangkap Pengarah Eksekutif MTEN.

   

 

Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 3 September 1999.

 

 

 

Pembangunan di sini menjadi sebagai pemangkin kemajuan di daerah Jeli. MRSM Jeli bermula operasi pada tahun 2001 dengan pengambilan pelajar tingkatan 1 & 4.