Ciri-ciri Budaya MRSM

Budaya MRSM adalah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM yang dapat menggambarkan identity mereka sebagai produk MRSM yang unggul.

Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM berdasarkan prinsip-prinsip Islam seperti berikut :

 

Budaya Cemerlang

Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Budaya Keusahawanan

Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko disamping mempunyai sikap komitmen, tekad dan cekal.

Budaya Kepimpinan

Mempunyai semangat dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Budaya Penyayang

Mempunyai perasaan simpati, prihatin dan hormat-menghormati.

Budaya Berdikari

Boleh menguruskan segala aktiviti di maktab untuk mewujudkan ciri-ciri kepimpinan

Budaya Sains & Teknologi

Dapat berfikir secara kreatif, kritis dan rasional disamping mempunyai daya cipta yang tinggi dan dapat memanfaatkan teknologi semasa.

Budaya Menghargai Masa

Dapat menepati masa dan menggunakan masa dengan berkesan.

Budaya Bersih & Sihat

Menjaga kebersihan diri, bersih fizikal, sihat mental dan spiritual.

Budaya Meminati Seni

Menghayati seni dan keindahan (estetika)

Budaya Permuafakatan

Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraan

Budaya Jati Diri

Dapat mengenal diri, asal usul dan budaya sendiri disamping mempunyai semangat patriotic

Budaya Ilmu

Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu disamping menemu dan membina ilmu pengetahuan

Budaya Kepersisan Bahasa

Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Budaya Berfikiran

Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasional.

Budaya Beradap

Mempunyai adab, berbudi Bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani & rohani)