PERSATUAN USAHAWAN MUDA

MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELI

 

OBJEKTIF


Melahirkan para pelajar yang berkebolehan dan berjaya saing dalam menjana pembangunan sahsiah diri.

Melahirkan pelajar yang dinamik, proaktif, dan cemerlang dalam melestarikan modal insan sejajar dengan matlamat membentuk "Pelajar Pintar Soleh Serba Boleh"

 

 

PENGENALAN

 

 (Keusahawanan    Kerjaya    Pilihan)  pernah    menjadi    moto    Majlis   Amanah   Rakyat   dan (Keusahawanan & Pendidikan Global) merupakan motto Majlis Amanah Rakyat pada masa kini. Komponen pendidikan keusahawanan telah diperkenalkan oleh MARA melalui Program Usahawan Muda di peringkat maktab. Selaras dengan motto MARA, Program  Usahawan Muda Maktab Rendah Sains Mara Jeli berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia keusahawanan dan mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing, berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran keusahawanan dalam kehidupan. Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting dan berpotensi di negara ini. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan, Program Usahawan Muda merupakan satu persatuan yang bakal menyuntik semangat keusahawanan dikalangan pelajar agar dapat membuka minda mereka memilih kerjaya sebagai usahawan. Selain itu, Program Usahawan Muda MRSM Jeli juga diharap akan memberi motivasi kepada pelajar untuk terlibat dalam perniagaan pada masa akan datang.

 

 GURU PENASIHAT :

Pn. Che Normaziah Binti Mamat